Archive | November 2010

Salam Aidiladha 1431H~~

Assalamualaikum…

Selamat hari raya haji kpd seluruh muslimin dan muslimat… hari ni ku masih di ofis..amik cuti sehari ja khamis nanti…nak cuti jumaat tp husband baru smp png pagi jumaat tu..so baik keja gak…huhu…di ofis dpn ni ada 5 org ja yg tinggal yg lain sumer dah bercuti..hajat di hati mmg nak cuti apakan daya cuti tinggal seciput ja…huhu… semlm plak baru ja abis meeting exam, maklumla student baru Sem Disember akan masuk pada 29/11 ni..mau x kelam kabut nak proses markah semua..kpd PA jabtan akademik la yg kalut ckit.. anyway ni semua namanya pengorbanan kan utk pelajar terchenta..hehe..

ok lah berikut diselitkan sedikit info tnt ibdah qurban..

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta’yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata “lembu ini aku jadikan qurban”. Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

semua maklumat dan banyak lagi diperolehi dari website berikut:

http://www.al-azim.com/haji/qurban/pengertian.htm 

so selamat membaca yer~~

Proses Menanda Kertas~~

salam to all,

hm..skrg di politeknik adalah minggu peperiksaan akhir semester…sblm pelajar mula bercuti..pensyarah plak sibuk menjaga exam dan menanda kertas, pastu kena gi matching kat unit exam dan keyin markah plak..pastu cek plak PA + PB  brp org yg lulus dan fail..huhu..banyak kerja x.. alhamdulillah hari ni last dah jaga xm kat JKM tu..skrg proses marking la..tu pun ada 1 klas lg yg x siap..hehe…insyaAllah sok siap la…pastu dah leh gi matching markah..tp mesti lama kat ctu sbb ada 3 klas nak matching ni..hehe.. oklah boring2 tgh mark semlm, sempatla pose syok sendiri…hehe…jom layanzzz jer ek..

ni la kertas student yg bertimbun tu..

ni tgh kusyuk mark la kononya...:)

lagi ckit nak abis..chaiyok..!

ok lah.. nak sambung mark plak ni..minggu ni kena siapkan semua dah sbb minggu dpn dah nak cuti raya haji.. pastu isnin lagi satu dah nak meeting exam.. pelajar plak blh dpt tau results diorang hujung bln ni…ok lah semoga ceria2 semua yer..

Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah JMSK

salam semua,

pada minggu lepas tlh diadakan Majlis Penutup & Penyampaian Hadiah JMSK di DKU.. majlis ni dihadiri oleh semua pelajar yg terlibat dgn aktiviti JMSK pada sesi ni..iaitu Rakan Matematik, Mentor Klinik Sains dan pemenang pertandingan rekabentuk poster.. tepat jam 8.15 mlm, majlis dimulakan dgn bacaan doa, ucapan KJ, tayangan slaid, penyampaian hadiah dan jamuan mkn di LPL..

semoga majlis ini menjadi pemangkin kpd pelajar supaya lbh berusaha meningkatkan prestasi dan kemajuan masing-masing..kami sebagai pendidik mengharapkan yg terbaik utk anda semua..semoga peperiksaan akhir sem ni dpt dilaksanakan sebaik mungkin..amin..