Archives

Info Kesihatan: Demam Denggi

salam semua,

hmm sebenarnya lama dah nak buat post psl dmm denggi ni sbb stp minggu ada ja cerita tnt kematian akibat denggi ni..kat rmh plak setiap bln pasti ada semburan asap olh kementerian kesihatan..slalunya bila dah ada semburan tu mestila ada kes denggi berdekatan kawasan perumahan tu kan..huhu.. dan hari ni plak bila baca paper ada plak berita ni yg agak menakutkan..

Lima Kematian Akibat Denggi Dicatat Dari 26 September Hingga 2 Oktober Lepas

hm bila baca artikel tu sbnrnya demam denggi tidak mengenal tua muda dan jantina..asalkan kat persekitaran kita tu ada tmpt pembiakan nyamuk, semua blh jadi mangsa.. oklah berikut disenaraikan tanda-tanda demam denggi..kalau ada saper2 yg demam dan ada tanda2 berikut segeralah ke hospital berdekatan..

my husband plak penah gak kena dmm denggi ni..masa tu study lagi la kat skudai..dlm 4,5 hari gak la kena thn kat hosp jb dulu tu..huhu..penat i dok ulang alik pi tgk.. alhamdulillah sbb bkn denggi berdarah tau..sbb denggi berdarah ni blh membawa maut..dan setakat ni tiada ubat khusus utk merawat denggi.. jadi kalo nmpk nymk tu tampar la ye..jgn dok biar je dia pusing2 kat kita..geram tul..pastu kalau mlm nak tido tu psg la ubt nymk x kira la aper jns pun..mencegah lebih baik drpd mengubati..betul x..okla semua maklumat tnt denggi blh didapati dari laman web berikut:

http://www.infosihat.gov.my/penyakit/penyakitD/Denggi.php

Continue reading

Tips menghadapi cuaca panas

Berikut adalah keratan akhabar kosmo baru-baru ini…  

Suhu makin meningkat di Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Analisis rekod suhu di Malaysia menunjukkan trend pemanasan yang konsisten dengan trend pemanasan suhu global dan pemerhatian terkini mendapati suhu purata negara meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius dalam masa 50 tahun lepas.   

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pemerhatian terkini juga mendapati paras laut pula meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun.   

“Berdasarkan climate modelling yang dilakukan bagi tempoh 100 tahun akan datang, suhu dijangka meningkat antara +0.7 darjah Celsius hingga +2.6 darjah Celsius,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Syed Husin Ali di Dewan Negara semalam.   

Untuk itu, disertakan beberapa kesan yang mungkin dihadapi akibat pendedahan cuaca panas dan suhu yg semakin meningkat…   
 
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue) 
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)

Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?  

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;  

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).  

Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas? 

  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati

Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas? 

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;  

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.  

Continue reading

Correct timing to take water!

Correct timing to take water, will maximize its effectiveness to Human body.

  • Two (2) glass of water      – After waking up –  Helps activate internal organs  
  • One (1) glasses of water  – 30 minutes before meal – Help digestion  
  • One (1) glass of water      – Before taking a bath – Helps lower blood pressure
  • One (1) glass of water      – Before sleep  – To avoid stroke or heart attack

Pemakaian Mask

Salam Semua..

Hm semenjak PSP dpt cuti kuarantin seminggu, kami semua kna pakai mask bila masuk poli ja.. so sempat gak berposing semasa memakai mask..hehe..

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa hendak memakai topeng penutup mulut :

  1. Gunakan sabun anti bakteria untuk membersihkan kedua-dua belah tangan.
  2. Bukakan topeng penutup mulut, pastikan bahagian dalam dan luar dikenal pasti terlebih dahulu. Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam dan bersedia untuk dipakai. (Bahagian luar biasanya berwarna dan bahagian yang lembut biasanya di atas untuk menutup bahagian hidung).
  3. Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa.
  4. Pastikan topeng penutup mulut dipasang kemas @ diikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
  5. Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut.
  6. Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
  7. Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
  8. Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
  9. Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

Marilah kita sama2 mencegah daripada penyebaran segala virus ini..semoga kebersihan diri dapat ditingkatkan..

Apakah H1N1?

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan berjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

h1n1

Apa yg perlu anda tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

 Cara Serangan

– Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
– Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
– Peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan   boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
– Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. Perempuan yang mengandung
3 .Orang yang ada astmatic
4 . Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak-kanak yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV, kanser dll.)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas

Simptom-simptom

Day 1 – Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 – Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun
telah mkn ubat demam)
Day 3 – Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 – Sakit dada yang teruk….jumpa doktor dengan segera
Day 5 – And above lung collapse @ koma

Continue reading