Archives

Teknik Belajar Matematik

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

ok lah hari ni nak kongsi tips tentang teknik belajar matematik yg berkesan..harap dapat dimanfaat kan oleh semua pelajar..

  1. Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai.. yang ni penting sbb kebanyakan pelajar yg memasuki politeknik tahap matematik adalah sederhana..jadi pelajar kena tanamkan dalam diri masing2 untuk minat pada subjek matematik tak kira la bidang aper yg diambil..
  2. Kena buat banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca dan menghafalnya sahaja. Semakin banyak latihan yang kita buat, kita akan jadi semakin cekap.
  3. Kena displin kerana matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan.
  4. Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
  5. Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.

Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.

http://cpintrass.com/blog/pendidikan/teknik-belajar-matematik-berkesan/.html

TEKNIK PENGAJARAN KONTEKSTUAL~~

Assalamualaikum & salam 1 M’sia,

ok la kali ni nak berkongsi skit bahan tentang Teknik Pengajaran Kontekstual dalam Sains dan Matematik..sbb dah mengkaji kenapa perlunya teknik P&P ni.. so mari kita membuat sedikit bacaan utk menambahkan pengetahuan…:)

Pengajaran secara kontekstual ialah pengajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Ia merupakan alternatif bagi para pendidik untuk menarik minat para pelajar dalam pembelajaran matematik terutamanya daripada golongan yang berprestasi sederhana. Pendekatan pengajaran kontekstual juga meliputi bidang ilmu sains, teknologi maklumat, teknikal dan vokasional. Matlamat utama pengajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan para pelajar yang cemerlang dan berkualiti sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan kelak. Pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut dalam pengajaran kontekstual iaitu Relating (Menghubungkait), Experiencing (Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering (Memindahkan). Manakala strategi pengajarannya pula melibatkan empat segmen iaitu motivasi, pemahaman, aplikasi dan imbasan kembali dan kemajuan. Pengajaran konteksual ini mampu memberi kebaikan kepada semua pihak iaitu pendidik, pelajar dan juga industri. Selain itu, pengajaran secara kontekstual juga dapat memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di pelajar, pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran kontekstual selain daripada maklum balas yang diperolehi daripada pelajar sebagai satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual.

Continue reading

Teknik Belajar Matematik

salam to all,

hm hari ni just nak bg bbrp tips utk belajar matematik.. sbb rmai students terutama kaum Melayu dok ckp maths ni ssh la aper la…ye la maklum la kalau di poli ni thp diorg pun x sbrp kan..huhu.. tp sbnrnya tu semua alasan sja..hendak seribu daya x nak seribu dalih..btul x? so aku pun mencari bbrp tips yg blh dijadikan panduan oleh semua pelajar yg berminat meningkatkan taraf keupayaan dan kemahiran matematik masing2..

Perkara yang paling penting dalam matematik adalah memahami konsep asas matematik. disini la masalahnya sbb students yg menjejak kaki ke poli ni kebanyakannya lemah konsep asas spt operasi +, -, x, /, kuasa dll..malah nak tekan kalkulator pun kdg2 lecturer yg kna tunjukkan gak.. huhu.. sbnrnya kalau kita dpt jwb sstu soalan, masa tu la kt akan rasa puas ngat sbb dpt jwpn btul kan..hehe..

Proses pembelajaran matematik memerlukan teknik belajar aktif. Sewaktu belajar matematik, anda perlu lah mengikuti langkah berikut:

  • mengenalpasti apa yang anda tahu dan apa yang anda tidak tahu. Dan anda juga perlu tahu bagaimana untuk meminta bantuan guru bagi menyelesaikan masalah yang anda tidak tahu.
  • Jangan sekali-kali ponteng kelas matematik. Pembelajaran matematik melalui guru adalah lebih berkesan berbanding belajar sendiri.
  • Aktifkan diri anda dalam kelas matematik. Belajar dahulu sedikit secara bersendirian sebelum kelas matematik.
  • Ambil peluang untuk bertanya apa yang anda tidak faham bila berpeluang.
  • Berjumpa guru diwaktu rehat untuk bertanyakan masalah yang kamu tidak tahu. Cara bergini akan lebih mendekatkan kamu dengan guru. Ini lebih memotivasikan kamu untuk berjaya dalam matematik.
  • Untuk mengelakan rasa bosan anda disarankan mewujudkan kumpulan belajar matematik.
  • Masa belajar matematik adalah bergantung kepada anda tetapi disarankan sekurang-kurangnya 2 jam sehari dan lakukan tiap-tiap hari. Pastikan setiap soalan adalah benar-benar bekualiti dan mencabar.

Matematik adalah satu matapelajaran yang memerlukan anda menyelesaikan masalah. Penyelesaian masalah matematik membantu anda lebih memahami topik-topik dalam matematik dan juga membantu anda lebih mengingat fomula matematik dan ia juga membaiki teknik menjawab anda. diharapkan pelajar semua dpt memanfaatkan tips yg diberikan..krn kejayaan tdk akan dtg bergolek..usaha menentukan segalanya.. ūüôā

Tips Kejayaan

Hai all, salam semua…

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan, btul x? Kalau x der motivasi kita jadi malas la, kurang proaktif dan asyik mengelat jer..huhu..

Sebagai¬†seorang pekerja (kakitgn gov khusunya), kita tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik. Tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu rasa bosan akan muncul jua di dalam hati. Jadi di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri…

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu kerana senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi dan berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan nanti takut jadi obesiti pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok kerana bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri sendiri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap. Bayangkan yang indah-indah sahaja..

12. Mandi setiap hari untuk menjaga kebersihan diri. Jangan malas mandi tau!

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Semoga semua amalan dan pekerjaan yang kita lakukan adalah sebahagian daripada ibadah. Dan kejayaan yang diharapkan menjadi milik kita bersama..

Mengantuk apabila Belajar

Masalah yang sering dihadapi oleh pelajar-pelajar iaitu mengantuk serta menguap sebaik sahaja memulakan pembelajaran atau mengulang kaji pelajaran khususnya membaca nota sememangnya sering kali dihadapi oleh kebanyakan pelajar.

    Kalaulah saya bertanyakan kepada para pelajar apakah pandangan mereka, mengenai pelajaran, saya pasti ramai yang akan memberi maklum balas yang negatif.

    Perkataan seperti malas, tidak ada mood, boring akan terkeluar daripada bibir mereka. Jika ada jawapan yang agak positif, hanyalah tidak mahu menghampakan harapan ibubapa atau diterima oleh individu tertentu.

    Pelajar berasa bosan dengan pelajaran kerana dikelilingi dengan buku pelajaran dan kerja sekolah sejak berumur tujuh tahun lagi. Alam persekolahan yang berorientasikan peperiksaan akan meninggalkan kesan negatif. Sebagai seorang pelajar, pelajaran tetap penting untuk ke mercu kejayaan di masa hadapan.

    Perasaan jemu, bosan, malas serta sikap sambil lewa terhadap pelajaran bermula dengan minda yang negatif. Apa yang perlu dilakukan ialah :-

    1. Bina sikap yang positif.
        Kejayaan seseorang sebenarnya 90% ditentukan oleh sikapnya dan hanya 10% sahaja ditentukan oleh pengetahuan sedia ada. Sekiranya anda membaca terlalu lama tetapi tidak menumpukan perhatian, maka anda hanya membuang masa. Jadi perbaikilah diri supaya menjadi lebih bersungguh-sungguh dan bersikap positif.

    2. Persediaan minda.
        Sikap negatif adalah daripada minda yang negatif. Oleh itu minda perlu diubah menjadi positif. Gunakan satu kaedah yang dinamakan Saranan Kendiri iaitu pembentukan kata-kata positif seperti berikut:-
        Saya mesti berusaha dan menjadi pelajar cemerlang. Belajar adalah penting untuk masa hadapan. Orang lain boleh berjaya, saya yakin saya juga boleh berjaya.

Continue reading