Archive | September 2009

Aidilfitri Mengikut Perspektif Islam

salam-aidilfitri
Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “…supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya…” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.

Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.
Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin…

Sempena Syawal Yang Mulia ini,
Saya dan Suami Menyusun Sepuluh Jari Memohon Kemaafan Andai Ada Khilaf Yang Tidak Disedari…
Semoga Dalam Debaran Syawal yang Dinanti……
Ramadahan Akan Sentiasa Dirindui…….

aidilfitri

Advertisements

Malam Lailatul Qadar

lailatulqadar2

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?  Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

lailatulqadar

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh. Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramadhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamanya di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam.

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :

  • Berzikir
  • Berdoa
  • Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • Mendengar bacaan Al-Quran oleh suami adik beradik atau dari kaset.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

Salam Nuzul Al-Quran

al-quran
Sebab-sebab yang menyebabkan seseorang buta al-Quran:
1. Malas belajar
2. Malu yang keterlaluan untuk belajar
3. Tidak memandang penting kepada kepentingan dan kelebihan celik al-Quran
4. Merasa telah terlewat untuk belajar disebabkan faktor bekerja dan umur
5. Merasa kesuntukan masa untuk belajar
6. Tiada kesungguhan untuk belajar

Kerugian yang dipikul oleh orang buta al-Quran:
1. Tidak dapat menambahkan bekalan akhirat dengan pahala membaca al-Quran
2. Tidak merasa ketenangan jiwa melalui pembacaan dan penghayatan al-Quran
3. Tidak mampu menghulurkan sedekah pahala melalui bacaan al-Quran kepada ibubapa yang telah meninggal dunia
4. Tidak dapat merasakan kenikmatan apabila hanya mampu melihat orang lain yang membaca al-Quran
5. Tidak dapat mengisikan Ramadhan dengan memperbanyakkan baca al-Quran
6. Semakin hari semakin jauh daripada al-Quran yang menyebabkan terlibat dengan perkara yang membahayakan diri sendiri dan masyarakat

Sama-samalah kita memperbanyakkan ibadah di bulan Ramadhan ini..

salam_ramadhan_02

Salam Kemerdekaan Ke 52

Salam Kemerdekaan buat semua..

logo-hari-kemerdekaan-52

Walaupun terlambat nak post artikel ni sbb internet slow ngat kat ofis minggu lepas..hehe..tp semangat kemerdekaan tetap dirasai..tahun ni perayaan sambutan kemerdekaan hanyalah 40 minit bagi menghormati bulan Ramadhan yang mulia serta mencegah penularan wabak H1N1..

Kat poli aku xder pun sambutan tahun ini..huhu..kalau ada agaknya JMSK lagi ker kna handle mcm thn lps..hehe.. tapi sebab bulan puasa jadi poli x buat la sambutan kemerdekaan.. stiker merdeka & jalur gemilang pun x diedarkan  kepada semua staf & pelajar..hehe..jadi rasa macam sedikit suram la merdeka thn ni kan.. so aper pendapat korang..undila vote di bwh:

Untuk maklumat lanjut tentang perayaan kemerdekaan sila klik website ni: 1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan.

Fikir-fikirkanlah…:)

senyumkambing31082009