Archive | December 2010

Sesi Disember 2010

salam & selamat sejahtera utk semua,

telah 2 minggu sesi bermula tp baru hari ni sempat mencoret tnt sem baru ni..hehe..ye la sbb minggu lps dah cuti seminggu blk ktn kan.. masuk keja minggu ni, jadual waktu masih lum dpt lagi cuma draft jer yg ada.. RMS BC101 pun ada yg nak baiki..hehe..tp sempat la bg KJ sign sblm dia gi mesy KJ.. RMS yg lain print dari penyelaras ja la & amik sign KP..hehe..utk sem ni mcm biasa la kena ajar 3 subjek iaitu BC101, B2009 & B3001 dan klas2 yg terlibat ialah:

  1. BC101 – Computer Application – DLS 1B
  2. BC2009 – Mathematics Discrete – DNS 2B
  3. B3001 – Engineering Mathematics 3 – DJL 3 & DKM 3C

utk sem ni nampaknya bermula lebih awal sbb slalunya sem mula bln Jan tp sbb sem dpn ada short sem so dia mula awal la sem ni..huhu..pas short sem tu baru sambung sesi JUN 2011 nanti.. dan semlm plak results pertukaran dah kuar jadi dgn dukacitanya diumumkan tak berjaya..huhu..nampaknya berseorangan lagi la di cni..cedih tau..

ok la semoga sem ni memberi lebih kepuasan dan kejayaan kpd semua..!!

Study Smart, Work Hard~~

Salam Maal Hijrah~~

salam semua,

dah lama rasanya x mencoret sesuatu di blog ni..sbb x der per pun nak citer..hehe..minggu lps student tgh bercuti, minggu ni student baru masuk masih lagi minggu suai kenal & minggu dpn baru la pendaftaran pelajar senior..pastu barula kuliah bermula..hehe.. sbb tu dah lama x update kat cni..

oklah sbnrnya nak citer psl Awal Muharram tahun baru 1432H yg bakal disambut pada 7 dis 2010.. jadi sblm kita menyambut tahun baru 2011, ktita sambut dulu Maal Hijrah..hari selasa tu cuti la..ingat lagi thn lps ada gak sambutan Maal Hijrah kat flat.. so diorang akan berarak ramai2 ikut blok sambil mengalunkan zikir dan nasyid Maal Hijrah la..hehe..syahdu ngat time tu.. ok jom baca skit sirah Rasulullah..

MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.

Pada asasnya, Muharam membawa maksud ‘diharamkan’ atau ‘dipantang’, iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”  

DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan  
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

Peristiwa-peristiwa penting:

1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:

Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan ‘Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit

ai plak dah plan nak blk ktn seminggu..harap cuti ku diluluskan walaupun kelas dah nak mula..hehe.. x per hari ni akan cuba menyiapkan RMS yer..jadual pun baru dpt yg draft jer..OK lah jom la sambung keja..hehe..