Archive | August 2014

Majlis Tautan Muhibah Kolej Komuniti Wilayah Timur

Assalamualaikum & salam sejahtera..

Bersempena sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan, KKPB telah dilantik sebagai tuan rumah sambutan Majlis Tautan Muhibah Kolej Komuniti Wilayah Timur yang akan dihadiri oleh 15 kolej komuniti di seluruh Pahang, Kelantan dan Terengganu..Alhamdulillah persiapan tempat dan persediaan berjalan lancar sehinggalah ke hari majlis iaitu pada 18 Ogos 2014 (Isnin) yang lalu.. Sebab ni program pertama yg terlibat sejakdi KKPB jadi rasa macam sedikit teruja la kan..so sebagai AJK Sambutan kena la call bberapa KK lain utk pengesahan kehadiran & perubahan tentatif..

Semasa majlis tersebut kami semua dihidangkan dengan pelbagai menu seperti nasi minyak, laksa phg, soto, mee talam, ketupat lemang, rendang ayam & daging, satey nasi impit & kuah kacang, pelbagai jenis minuman serta cendol & ABC…fuh banyak betul menu kan utk anggaran 1000 tetamu termasuk staf dan pelajar..pastu stp KK plak mesti bawa kuih raya sebagai sampingan..

Tetamu jemputan pula adalah Ketua Pengarah JPKK, En Amir, En Muraly (pengerusi wilayah timur), pengarah bhgn di JPKK dan semua pengarah KK wilayah timur…pelbagai aktiviti diadakan sepanjang hari iaitu:

  • ucapan amanat KP JPKK
  • penyerahan nota serah tugas 2 org pengarah yg bertukar
  • pertandingan menganyam ketupat utk pelajar & staf
  • pertandingan karoke lagu patriotik
  • pertandingan baju raya tercantik
  • pelancaran tabung GAZA
  • penyerahan bendera Jalur Gemilang
  • t/tgn poster dsb…

Oklah dah banyak bercerita so jom kita tengok bberapa gambar yang ada..hihi…banyak lagi gambar blh tgk kat page FB KKPB https://www.facebook.com/kolejkomunitipayabesarpahang

buku pelawat yang disediakan untuk para tetamu..

buku pelawat yang disediakan untuk para tetamu..

aturcara majlis pada pamplet program..

aturcara majlis pada pamplet program..

sokongan thdp MH..

sokongan thdp MH..

para pelajar KK..

para pelajar KK..

tetamu VIP bergambar sebelum memotong kek..

tetamu VIP bergambar sebelum memotong kek..

KP JPKK di khemah pelajar..

KP JPKK di khemah pelajar..

pelancaran tabung GAZA olh KP JPKK..

pelancaran tabung GAZA olh KP JPKK..

pertandingan menganyam ketupat sedang berlangsung..

pertandingan menganyam ketupat sedang berlangsung..

 

 

Persekitaran Baru KKPB

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia,

Hm..hari ni nak tunjuk kawasan persekitaran di tempat kerja baru..dah sebulan lebih keja cni baru nak upload..maklumla baru sempat amik gambar..sblm ni awal2 masuk segan plak nak amik gambar kan..hihi.. di KKPB ada 2 jbtn utama iaitu JPSH – Jab Pengajian Sepanjang Hayat dan JKK – Jab Kejuruteraan dan Kemahiran..dan juga unit2 lain..

Alhamdulillah kite ditempatkan di JKK di bawah unit SAPK – sijil aplikasi perisian komputer..kena ajar program SMK – Web Programming.. tapi students nyer ada 5 org shj..hihi..tu yg macam pelik sbb biasa kat poli students sampai 30-40 org.. ok la jom kita tgk gambar2 sekitar KKPB..jemput la dtg melawat kite kat cni..

This slideshow requires JavaScript.

Majlis Jamuan Perpisahan

Alhamdulillah sudah sebulan lebih saya bertugas di tempat baru..selamat tinggal JTMK, PMS…sedih mmg sedih..terasa 3 tahun di PMS macam sekejap sangat..tapi apakan daya..takdir menentukan segalanya..cheewah..huhu..

Di tempat baru, dapat kawan baru, cabaran baru dan pengalaman baru..kata orang pengalaman akan mematangkan kita..jauh perjalanan luas pengalaman kan..haha..mmg jauh ofis dari rmh..7.20pg dah kena kuar rmh..kalau lambat takut merah plak..kalau dulu 7.50 pun sempat lagi..hehe..

Terima Kasih kepada warga JTMK dan anak2 PA yg buat majlis jamuan untuk meraikan pertukaran ku ini.. dahla buat jamuan pastu bagi hadiah plak tu..hehe.. jasa dan ingatan anda semua amat dikenang.. ok la jom kita tengok gambar2 sekitar majlis di rumah ku..TQ kpd anak2 PA yg sporting sangat!

IMG-20140703-WA0027

IMG-20140703-WA0012
IMG-20140703-WA0004 IMG-20140703-WA0005 IMG-20140703-WA0007 IMG-20140703-WA0008
IMG-20140703-WA0015IMG-20140703-WA0014 IMG-20140703-WA0016 IMG-20140703-WA0017 IMG-20140703-WA0018 IMG-20140703-WA0019 IMG-20140703-WA0020IMG-20140703-WA0028 IMG-20140703-WA0029

Kursus CPCM dan PPK Jun 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Alhamdulillah pada Jun 2014 yg lalu saya telah ditawarkan 2 kursus yang wajib dihadiri oleh semua PPPT pada gred semasa:

1) Kursus CPCM – Problem Based Learning di MS Garden, Kuantan – 17-18 Jun 2014

2) Kursus PPK – Web Developer di PMS – 24 – 27 Jun 2014

Untuk kursus CPCM, instructor adalah Dr Abd Rahman dan ia melibatkan peserta dari politeknik lain spt PKB, POLISAS, BPSM, PSMZA. Manakala untuk kursus PPK semua peserta adalah pensyarah PMS shj drpd pelbagai jabatan.

Kedua-dua kursus ini melibatkan instructor luar, perlu buat pembentangan dan dinilai oleh juri, ada post & pre test.. Alhamdulillah selesai kedua-dua kursus..harap2 blh implemenkan apa yg dipelajari semasa kursus dlm P&P..

Bersama ahli kumpulan & instructor..

Bersama ahli kumpulan & instructor..

Gambar di atas bersama ahli kumpulan Lavender selepas membuat pembentangan membangunkan website korporat e-commerce bagi Lavender Spa yang ditubuhkan. Terima Kasih kepada BroZool dan Sifu Arif atas tunjuk ajar yang diberikan serta semua ahli kumpulan yang memberi kerjasama terbaik!!