Archive | September 2018

URUSNIAGA INTERNET

Terdapat 2 jenis urusniaga internet iaitu:

  1. E-Dagang/Perniagaan dalam Talian
    • E-dagang (perdagangan elektronik) atau pembelian dalam talian bermaksud menjalankan urusniaga di Internet. Ia melibatkan penjualan dan pembelian barang atau perkhidmatan dalam talian.
  2. Perbankan Dalam Talian
    • sistem perbankan dalam talian yang menawarkan hampir semua perkhidmatan tradisional yang disediakan melalui cawangan tempatan.
    • Ia membolehkan pelanggan bank melakukan urus niaga perbankan dengan lebih cepat melalui Internet.

 

Terdapat 2 isu urusniaga Internet:

  1. penipuan kad kredit
  2. pembelian secara impulsif

Perusahaan Elektronik

Salam semua..pernah dengan ker perusahaan elektronik? Selalu kita sebut perniagaan secara atas talian.. so jom semak Definisi perusahaan elektronik:

e-Perusahaan membawa maksud tingkah laku yang wajar semasa membeli dalam talian, saluran serta taktik untuk menjalankan urus niaga dalam talian yang selamat.

  • Melindungi maklumat peribadi seperti alamat, nombor telefon dan gambar semasa menjalankan perniagaan/urus niaga dalam talian.
  • Memahami peraturan asas urus niaga dalam talian untuk mengelakkan salah faham di masa depan.
  • Menunjukkan tingkah laku dalam talian yang positif.

 

Terdapat 3 evolusi transaksi iaitu

  1. sistem barter dan wang tunai
  2. wang tunai dan kad kredit/kad bank
  3. pembelian secara online

Etika Penggunaan Peralatan Komunikasi dan Kerjasama Digital

Assalamualaikum semua..hari ni kami belajar tentang etika penggunaan peralatan komunikasi dan kerjasama digital..ada beberapa perkara dan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya komunikasi menjadi lebih selamat dan bermakna..

etika-sosmed

  1. Menggunakan pengaruh laman web rangkaian sosial popular tujuan kebaikan seperti mengumpul derma/dana.
  2. Patuhi larangan telefon bimbit di tempat awam, Bercakap dengan perlahan, Pastikan jarak yang wajar dari orang di sekeliling, Jaga perbualan peribadi, Hormati peraturan telefon berkamera.
  3. Tidak memajukan e-mel mengandungi virus berbahaya kepada rakan dan tidak menulis mesej yang ‘tidak jelas’ yang boleh membawa kepada salah tafsir.
  4. Menggunakan sumber yang dikongsi iaitu alat atau maklumat pada komputer yang boleh diakses dari jauh daripada komputer lain atau   mengakses folder, fail, peranti perisian, e-mel dan lain-lain yang dikongsi menerusi rangkaian setempat atau Intranet secara berhemah dan tidak menyalahguna.

Sekian terima kasih…