Salam Aidiladha 1431H~~

Assalamualaikum…

Selamat hari raya haji kpd seluruh muslimin dan muslimat… hari ni ku masih di ofis..amik cuti sehari ja khamis nanti…nak cuti jumaat tp husband baru smp png pagi jumaat tu..so baik keja gak…huhu…di ofis dpn ni ada 5 org ja yg tinggal yg lain sumer dah bercuti..hajat di hati mmg nak cuti apakan daya cuti tinggal seciput ja…huhu… semlm plak baru ja abis meeting exam, maklumla student baru Sem Disember akan masuk pada 29/11 ni..mau x kelam kabut nak proses markah semua..kpd PA jabtan akademik la yg kalut ckit.. anyway ni semua namanya pengorbanan kan utk pelajar terchenta..hehe..

ok lah berikut diselitkan sedikit info tnt ibdah qurban..

Qurban atau Udhiah bermaksud menyembelih haiwan yang tertentu jenisnya daripada ternakan yang dikategorikan sebagai al-an’am iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), biri-biri dan kambing pada Hari Nahr atau Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) kerana bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH QURBAN

  • Imam Syafie berpendapat hukum melakukan ibadah qurban ini adalah sunat Muakkadah iaitu sunah yang amat digalakkan atau dituntut ke atas setiap individu Muslim yang merdeka, berakal, baligh lagi rasyid serta berkemampuan melakukannya sama ada sedang mengerjakan haji ataupun tidak sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.
  • Makruh meninggalkan ibadah ini bagi orang yang mampu melakukannya.
  • Hukum qurban ini menjadikan wajib jika seseorang itu telah bernazar untuk melakukannnya atau telah membuat penentuan (at-ta’yin) untuk melaksanakannya seperti seseorang berkata “lembu ini aku jadikan qurban”. Jika tidak dilakukan dalam keadaan ini maka hukumnya adalah haram.
  • Daging qurban wajib tidak dibenarkan untuk dimakan oleh yang empunya qurban dan tanggungannya.

semua maklumat dan banyak lagi diperolehi dari website berikut:

http://www.al-azim.com/haji/qurban/pengertian.htm 

so selamat membaca yer~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s