Etika Penggunaan Peralatan Komunikasi dan Kerjasama Digital

Assalamualaikum semua..hari ni kami belajar tentang etika penggunaan peralatan komunikasi dan kerjasama digital..ada beberapa perkara dan garis panduan yang perlu dipatuhi supaya komunikasi menjadi lebih selamat dan bermakna..

etika-sosmed

  1. Menggunakan pengaruh laman web rangkaian sosial popular tujuan kebaikan seperti mengumpul derma/dana.
  2. Patuhi larangan telefon bimbit di tempat awam, Bercakap dengan perlahan, Pastikan jarak yang wajar dari orang di sekeliling, Jaga perbualan peribadi, Hormati peraturan telefon berkamera.
  3. Tidak memajukan e-mel mengandungi virus berbahaya kepada rakan dan tidak menulis mesej yang ‘tidak jelas’ yang boleh membawa kepada salah tafsir.
  4. Menggunakan sumber yang dikongsi iaitu alat atau maklumat pada komputer yang boleh diakses dari jauh daripada komputer lain atau   mengakses folder, fail, peranti perisian, e-mel dan lain-lain yang dikongsi menerusi rangkaian setempat atau Intranet secara berhemah dan tidak menyalahguna.

Sekian terima kasih…

 

Leave a comment