Archive | August 2009

Pemakaian Mask

Salam Semua..

Hm semenjak PSP dpt cuti kuarantin seminggu, kami semua kna pakai mask bila masuk poli ja.. so sempat gak berposing semasa memakai mask..hehe..

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa hendak memakai topeng penutup mulut :

  1. Gunakan sabun anti bakteria untuk membersihkan kedua-dua belah tangan.
  2. Bukakan topeng penutup mulut, pastikan bahagian dalam dan luar dikenal pasti terlebih dahulu. Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam dan bersedia untuk dipakai. (Bahagian luar biasanya berwarna dan bahagian yang lembut biasanya di atas untuk menutup bahagian hidung).
  3. Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa.
  4. Pastikan topeng penutup mulut dipasang kemas @ diikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
  5. Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut.
  6. Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
  7. Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
  8. Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
  9. Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

Marilah kita sama2 mencegah daripada penyebaran segala virus ini..semoga kebersihan diri dapat ditingkatkan..

Advertisements

Apakah H1N1?

Apa itu H1N1?

Viral novel influenza type A H1N1. ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam ‘host’ yg lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi ‘air born’ dan berjangkit dari manusia kepada manusia.

Jangka Hayat Virus

Oleh kerana ia adalah virus yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja, jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host( badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan ‘bersih’ dari virus tersebut.

h1n1

Apa yg perlu anda tahu ?

Asal virus ini

Sebenarnya telah terdapat outbrake di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kpd WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu ‘baling batu sembunyi tangan’ lalu tercetus la outbrake di Mexico.

Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 – 4 hari ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkit pesakit
Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkit paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke-4
H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.

 Cara Serangan

– Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan
– Virus ini akan menyerang sistem pernafasan ( seperti selsema burung dan SARS)
– Peringkat awal, ia hanya pada ‘trakea’ jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru2 dan   boleh menyebabkan kematian akibat ‘lung collapse’
– Ia amat merbahaya kpd golongan yg berisiko tinggi

Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masaalah ‘obesiti’ @ gemok
2. Perempuan yang mengandung
3 .Orang yang ada astmatic
4 . Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi ( menjalani ‘operation yg besar’, kanak-kanak yg belum cukup suntikan imunisasi, golongan2 yang rendah tahap imuniti eg. HIV, kanser dll.)
* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan-golongan di atas

Simptom-simptom

Day 1 – Rasa kurang sihat, tak bermaya
Day 2 – Selsema, batuk dan demam yang kekal ( demam tidak turun walaupun
telah mkn ubat demam)
Day 3 – Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas
Day 4 – Sakit dada yang teruk….jumpa doktor dengan segera
Day 5 – And above lung collapse @ koma

Continue reading

July 2009 Session

Assalamualaikum..

Dah lama rasanya x update worpress ni.. ye la bln 6 cuti sekolah blk kg mertua di Kuantan, pastu kena gi kursus induksi di Pangkor, bln 7 plak student fresh masuk..pastu bz ngan nak audit sirim, h1n1 yg smakin menular, cuti kuarantin seminggu la..n bln 8 student senior masuk..ni baru la ada masa sket nak menulis sesuatu.. hehe..

Jadi untuk semester ni..ada 3 klas final: SKM 2A (B2001), DTP 2A (B2001), & DTK 3B (B3001),. Untuk yg xder final plak SKM 1A (B1004)…Aha..banyak btul A kan..tp lps dftar carry add semlm ada stud dr B, D, E & F…hehe..

Minggu ni kebanyakan klas hnya bagi introduction jer la..pastu srh photostat nota..minggu dpn baru stat sepenuhnya..sok plak ader kursus sehari jer..nasib baik ader assist..x yah la nak kansel klas..Thanx Nizan!

Oklah..rasa nak rehat plak ni.. jumpe lain kali yer.. assalamualaikum..

TC to all..jaga kebersihan diri, hiasi peribadi…