Archive | April 2010

Tips menghadapi cuaca panas

Berikut adalah keratan akhabar kosmo baru-baru ini…  

Suhu makin meningkat di Malaysia

 

KUALA LUMPUR – Analisis rekod suhu di Malaysia menunjukkan trend pemanasan yang konsisten dengan trend pemanasan suhu global dan pemerhatian terkini mendapati suhu purata negara meningkat sebanyak 1.1 darjah Celsius dalam masa 50 tahun lepas.   

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Douglas Uggah Embas berkata, pemerhatian terkini juga mendapati paras laut pula meningkat pada kadar purata 1.25 milimeter setahun.   

“Berdasarkan climate modelling yang dilakukan bagi tempoh 100 tahun akan datang, suhu dijangka meningkat antara +0.7 darjah Celsius hingga +2.6 darjah Celsius,” katanya ketika menjawab soalan Senator Dr. Syed Husin Ali di Dewan Negara semalam.   

Untuk itu, disertakan beberapa kesan yang mungkin dihadapi akibat pendedahan cuaca panas dan suhu yg semakin meningkat…   
 
  • Keletihan/kelesuan akibat dari panas (heat fatigue) 
  • Pitam/pengsan akibat dari panas (heat syncope)
  • Kekejangan akibat dari panas (heat cramps)
  • Keletihan/kepenatan akibat dari panas (heat exhaustion)
  • Strok akibat dari panas (heat stroke)

Bagaimanakah saya mengetahui yang saya menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas?  

Tanda-tanda dan gejala masalah kesihatan berkaitan panas adalah pelbagai bergantung kepada keterukan keadaan sesuatu masalah itu. Gejala-gejala biasa termasuk;  

  • Sakit kepala
  • Keletihan
  • Tumpuan lemah
  • Pening
  • Lemah otot–otot badan atau kekejangan
  • Mual dan muntah

Keadaan yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan, dan koma (tidak sedarkan diri).  

Apakah keadan yang paling teruk boleh berlaku disebabkan masalah berkaitan panas? 

  • Strok panas boleh menyebabkan maut
  • Kerosakan organ badan seperti ginjal, otak, jantung dan hati

Siapakah yang berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan panas? 

Semua orang adalah berisiko menghadapi masalah kesihatan berkaitan dengan panas. Walau bagaimanapun, kumpulan tertentu adalah lebih berisiko untuk menghadapi kesan kesihatan. Kumpulan ini termasuk;  

  • Mereka yang terbabit dengan kegiatan aktiviti fizikal seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, dan lain-lain.
  • Orang dewasa (orang yang berumur 40 tahun keatas adalah 10 kali ganda lebih berisiko berbanding dengan orang yang lebih muda).
  • Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah
  • Mereka yang menghidapi masalah pernafasan dan jantung
  • Mereka yang menghidapi penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.

Risiko bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat, yang menghalang panas keluar dari penyejatan/pengeringan peluh.  

Continue reading