Teknik Belajar Matematik January 11, 2012
Posted by eta305 in Motivasi Diri.add a comment
Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..
ok lah hari ni nak kongsi tips tentang teknik belajar matematik yg berkesan..harap dapat dimanfaat kan oleh semua pelajar..
- Wujudkan minat dalam matematik walaupun tak pandai.. yang ni penting sbb kebanyakan pelajar yg memasuki politeknik tahap matematik adalah sederhana..jadi pelajar kena tanamkan dalam diri masing2 untuk minat pada subjek matematik tak kira la bidang aper yg diambil..
- Kena buat banyak latihan. Matematik adalah latihan dan latihan adalah matematik. Matematik adalah satu subjek yang anda perlu buat latihan untuk menguasainya, bukan membaca. Ada pelajar yang belajar matematik dengan hanya membaca dan menghafalnya sahaja. Semakin banyak latihan yang kita buat, kita akan jadi semakin cekap.
- Kena displin kerana matematik adalah matapelajaran yang memerlukan disiplin. Walaupun anda faham topik tertentu, anda tidak akan dapat menjawab dalam masa yang diberikan jika anda tidak mendisiplinkan diri untuk menjawab soalan matematik. Setiap kali anda berlatih menjawab soalan matematik, catat masa yang anda ambil. Selalunya anda ada masa kurang daripada 3 minit untuk menjawab satu soalan.
- Perlu HAFAL SIFIR! Saya tahu ramai pelajar yang merungut tentang perkara ini. Ada pelajar tingkatan lima yang saya uji dengan sifir 7 pun tidak lepas. Alasan mereka, mereka boleh guna mesin kira, mengapa perlu ingat sifir? Persoalannya ialah, hafal sifir bukan sahaja untuk mengetahui berapa 5 x 5 dan berapa 12 x 7. Tetapi, menghafal sifir akan membuat otak anda lebih cepat dan cekap mengira. Kalau asyik bergantung kepada mesin kira, daya pemikiran anda akan semakin lemah kerana tidak ada usaha yang dilakukan oleh otak anda. Lihat mereka yang handal matematik, pasti mereka cekap juga dalam sifir.
- Azam yang kuat untuk berjaya dan menguasai matematik. Matematik ialah subjek yang seronok apabila anda minat dan mula menguasai. Anda akan puas hati dan paling gembira apabila Berjaya selesai masalah.
Siapa yang pandai matematik ia adalah pintar, Bukan sahaja bidang matematik sahaja tetapi bidang atau subjek lain, jika ia pandai matematik.
http://cpintrass.com/blog/pendidikan/teknik-belajar-matematik-berkesan/.html
Sesi Dis 2011 December 27, 2011
Posted by eta305 in Semester @ PMS.2 comments
Assalamualaikum..
Hmm..lama x mencoret di sni kan..sbbnya skrg saya bercuti 3 bulan..hehe..tp saje nak update blog yg dah lama ditinggalkan ni..nak menulis tp mcm x der idea sangat..& der per citer nak masuk kan kat dlm ni..huhu..(pdhal banyak blh citer..)
untuk sem ni, disebbkan cuti bersalin so dalam 2 feb 2012 nanti baru masuk keja..so jadual waktu utk sem ni x der lagi la..x best pun ada sbb kena amik kelas org lain..ssh skit la bila sambung klas org ni..huhu..tp tu la nak buat mcm mana kan..masa tu plak rasanya dah pertengahan semester kot..
pagi ni plak, dah pegi admin utk sign opsyen SBPA, isi borang cuti bersalin dan hantar SKT..nasib baik baby Adam tido jer ngan daddy dlm keta..so x der la kalut ngat ..hehe..risau gak dia bgn awal td nangis nak susu ja sbb mcm lama plak kat admin td dok cari borang cuti bersalin tu..hehe..
Oklah kepada semua pelajar politeknik seluruh Malaysia yg memulakan sesi baru hari ni, diharapkan semangat anda untuk belajar sentiasa berkobar2.. tuntutlah ilmu sebanyak mungkin krn x rugi ilmu penuh di dada.. cheewah..hehe.. semoga tahun baru 2012 yg bakal menjelang mendatangkan seribu rahmat buat kita semua..
My new life..my new baby..~~ November 21, 2011
Posted by eta305 in Personal.3 comments
Terima Kasih Allah atas kurniaan Mu yg tidak ternilai..~~
Semoga Adam Iqbal membesar dgn penuh kasih sayang dan limpah rahmat dari Mu Ya Allah..
Contoh Soalan B2009-Discrete Mathematics November 11, 2011
Posted by eta305 in Discrete Mathematics.1 comment so far
Assalamualaikum..
Good luck utk semua pelajar yg akan mengambil peperiksaan akhir bagi semester Jun 2011 bermula minggu hadapan..
OK ni ada beberapa set Cth soalan final bagi tajuk 1 hingga 3 yang telah dipilih..
harap dapat membantu lah yer..~~
Program Kemahiran Asas Matematik October 14, 2011
Posted by eta305 in Semester @ PMS.add a comment
Assalamualaikum & salam 1 Malaysia,
pada hari sabtu 8/10 yg lalu, JMSK, PMS telah mengadakan program kemahiran asas matematik dengan menjemput 2 org guru cemerlang Matematik dari SMK Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad, Kuantan sbg penceramah.. seramai 120 pelajar tlh dipilih di kalangan yg lemah yg dikenalpasti lemah asas matematik olh pensyarah masing-masing.. 7 org pensyarah JMSK menjadi fasilitator yg turut membantu pelajar yg menghadapi masalah…
Program ni buat kat dwn kuliah mini, jrkv..pnt oo fasilitator trn naik tangga..huhu..ketika program berlangsung, para pelajar tdk dibenarkan menggunakan kalkulator..hehe…majlis dimulakan dgn ucapan aluan KJ, bacaan doa, aktiviti latih tubi, majlis penutup dan jamuan mkn tgh… menunya nasi ayam bilal… ok lah jom kita tgk gambar2 yg sempat diambil..
TEKNIK PENGAJARAN KONTEKSTUAL~~ September 30, 2011
Posted by eta305 in Motivasi Diri.add a comment
Assalamualaikum & salam 1 M’sia,
ok la kali ni nak berkongsi skit bahan tentang Teknik Pengajaran Kontekstual dalam Sains dan Matematik..sbb dah mengkaji kenapa perlunya teknik P&P ni.. so mari kita membuat sedikit bacaan utk menambahkan pengetahuan…:)
Pengajaran secara kontekstual ialah pengajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Ia merupakan alternatif bagi para pendidik untuk menarik minat para pelajar dalam pembelajaran matematik terutamanya daripada golongan yang berprestasi sederhana. Pendekatan pengajaran kontekstual juga meliputi bidang ilmu sains, teknologi maklumat, teknikal dan vokasional. Matlamat utama pengajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan para pelajar yang cemerlang dan berkualiti sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan kelak. Pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut dalam pengajaran kontekstual iaitu Relating (Menghubungkait), Experiencing (Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering (Memindahkan). Manakala strategi pengajarannya pula melibatkan empat segmen iaitu motivasi, pemahaman, aplikasi dan imbasan kembali dan kemajuan. Pengajaran konteksual ini mampu memberi kebaikan kepada semua pihak iaitu pendidik, pelajar dan juga industri. Selain itu, pengajaran secara kontekstual juga dapat memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di pelajar, pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran kontekstual selain daripada maklum balas yang diperolehi daripada pelajar sebagai satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual.
Majlis Bersama KPT September 27, 2011
Posted by eta305 in Semester @ PMS.add a comment
pada hari Khamis 22/9 yg lalu kami telah mengikuti rombongan ke Poltiteknik Port Dickson untuk menghadiri Majlis Bersama Menteri KPT dan Pelancaran Persatuan KPPPTSM.. walopun berat hati nak pegi sbb dah satu jbtn kna antar 12 org, maka terpaksa la pegi jugak.. kalau x pegi kena cari ganti..huhu..saper nak pegi dr pagi smp mlm tu kan..
kitorang bertolak lbh krg 8.30 pg, benti mkn pagi dlm 9.30 pg pastu benti lagi 11 lbh kat ulu bendul & smp PD dlm kul 12 lbh utk mkn tgh..hehe..smp kat ctu dlm 1 lbh..& majlis bermula kul 2.30 ptg..ada ucapan, persembahan tarian & nyanyian, sumbangan anak yatim & jamuan hari raya..banyak tul menu nyer smp x termkn la plak..hehe..pastu bertolak balik dlm kul 4.30 ptg, benti kat jempol dan smp di muadzam lbh krg kul 9 mlm.. huhu…penat nyer sok keja plak.. ok la ni ada ckit gambar yg sempat di ambil..
Program di SMK TPPTM September 26, 2011
Posted by eta305 in Semester @ PMS.add a comment
Asslamualaikum & slm 1 Msia,
lama dah x update blog ni..banyak sbnrnya aktiviti kat PMS ni..cuma x sempat nak citer jer..hehe..ni nak citer psl aktiviti semlm kat sek men keb tengku panglima perang tengku muhammad, indera mahkota, kuantan..kitorang pegi seramai 6 orang utk mengajar cikgu2 Microsoft Project 2010 & Geometric Sketch Pad (GSP)… start pkul 9.15 smp 11.15 pg..pastu ada majlis penutup & jamuan mkn tgh.. ni adalah antara gambar yang sempat diambil..
This slideshow requires JavaScript.
BA202 Discrete Mathematics August 4, 2011
Posted by eta305 in Discrete Mathematics.2 comments
For this semester, new code & silibus for Discrete Mathematics are as follows:
- BASIC LOGIC (04 : 02) - This topic deals with propositional logic, logical connectives and truth tables and validity. Predicate logic, universal and existential quantification are discussed
- SETS, FUNCTIONS AND RELATIONS (04 : 02) - This topic includes sets and set operations, functions and relations. Operations associated with sets, functions, and relations are also discussed.
- GRAPHS AND TREES (06 : 03) - This topic deals with fundamental concepts of graph theory: undirected graphs, directed graphs. The concept and procedure of building trees: spanning trees and traversal strategies covered.
- INDUCTION AND RECURSION (04 : 02) - This topic consists of mathematical induction to prove statements and recursive definition is used to define sequences, functions and sets.
- COUNTING PRINCIPLE (06 : 03) - This topic includes permutation and combination. It is used to solve counting problem.
- BOOLEAN ALGEBRA (06 : 03) - This topic includes the basic properties of Boolean algebra to implement circuit diagram. The Karnaugh Map is used to minimise the circuits.
pertukaran jadual..~~ August 4, 2011
Posted by eta305 in Semester @ PMS.3 comments
asslamualaikum & salam 1 Malaysia semua…
lama dah nampaknya x mengasah bakat mengarang ni kan…sbnrnya just nak citer masuk minggu ke 4 ada plak pertukaran jadual..sbb nya me kena ajar Discrete Maths 2 kelas..uwa…1 kod lama, 1 kod baru…so terpaksa la menyiapkan diri dengan 3 tajuk baru utk silibus baru tu..hehe..sblm ni rilex la konon..tgk2 kena prepare gak…tapi kelas tu sharing dgn sorang lagi utk standby bila me nak bercuti nanti… pastu dah x yah study la tajuk utk BA102 tu…hehe.. lagi 1 kelas BC101 pun dah dipecahkan 2..jadi x der la satu kelas smp 58 org.. skrg 1 klas 29 org jer la…ok la ckit nak masuk lab..dah la semua pc kat lab di sni tunggu masa nak lupus jer…banyak yg dah rosak & x ekonomik utk dibaiki..
ok la ni senarai kelas terbaru..
- BA202 – DIP2 S1 – 22 orang
- B2009 – QIP4 – 41 orang
- BC101 – DRG 1 s2 – 29 orang



















