Selamat Hari Guru~~

salam semua..

just nak wish selamat hari guru buat husband ku yg berkhidmat di SK Tunku Azizah, Kuantan, Pahang… kalau sblm ni dia yg msg kat aku tp utk thn ni blh la aku wish balik kat dia…hehe.. smg dpt menjalankan semua tugas yg diamanahkan dgn sempurna.. walaupun kekadang kesian gak aku dgr bila dia citer banyak keja nak buat..ye la nama jer blk kul 1 tp kul 3 br sampai umah..ptg kna gi lagi ada sukan la per la..maklumla dia jadi penyelaras sukan dan permainan pastu kna buat line kat pdg la… lagi satu plak dia jadi S/U PIBG..huhu..penin gak kepala nak buat itu ini…

itu la cubaan menjadi guru baru di sekolah baru kan.. sabar jer la nak buat camner.. thn dpn bila ada cikgu baru masuk ok dah ckit kot.. ok la ni ada pantun hari guru aku cilok dari emel ofismet..:)

Dedikasi untuk semua guru
Tujuh belas tahun rindu tersemat,
Tanjung Aru tempat berjumpa;
Lima belas Mei tarikh keramat,
Jasa guru janganlah dilupa.
Anak kancil pergi berguru
Tidak terbiasa kerja yang sia;
Dari kecil diasuh guru,
Agar dewasa menjadi manusia.
Hendak berburu ke luar kota,
Seluas alam bumi terentang;
Tanpa guru siapalah kita.
Ibarat malam tanpa bintang.
Jalan ke barat berpilin-pilin,
Cuaca redup menawar duka;
Guru ibarat cahaya lilin,
Menyuluh hidup tiap ketika.
Angin menderu dengan sepoinya,
Di anak tangga duduk berperikan;
Kasih guru akan muridya,
Masa dan tenaga rela korbankan.
Meski Utarid kabur pandangnya,
Hanya percaya kuasa Tuhan;
Kasih murid akan gurunya,
Gapai jaya di hari depan.
Putik baru mekar di laman,
Kembang kudup kumbang terpikat;
Hargai guru sepanjang zaman,
Agar hidup beroleh berkat.
Istana kota sebelas langkat,
Tempat baharu Nakhoda Pekan;
Sama kata sama sepakat,
Hari guru marilah raikan.

Kepada semua guru di Malaysia, selamat hari guru diucapkan terutamanya kpd guru2 yg pernah mengajar ku di SK St Nicholas Convent, A.Setar, SM St Nicholas Convent, A.Setar dan SM Teknik Lebuhraya Sultan Abdul Halim, A.Setar, Kedah. Meh kita dgr lagu ckit..best gak lagu Kami Guru Malaysia ni…

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita
Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan

p/s: di poli tiada sambutan hari guru pun…minggu exam dah stat pun..tadi dah kna jaga xm di JP..ada 3x lagi tau nak jagi..fuh….huhu..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s