Tips Kejayaan

Hai all, salam semua…

Kita memerlukan sesuatu yang boleh menjadi daya pendorong atau motivasi untuk melakukan sesuatu pekerjaan, btul x? Kalau x der motivasi kita jadi malas la, kurang proaktif dan asyik mengelat jer..huhu..

Sebagai seorang pekerja (kakitgn gov khusunya), kita tentu memerlukan motivasi untuk melakukan pekerjaan dengan baik. Tambahan pula perlu melakukan kerja yang sama setiap hari. Tentu rasa bosan akan muncul jua di dalam hati. Jadi di bawah ni ada beberapa tips yang boleh kita praktikkan untuk motivasi diri…

1. Rancangkan dahulu apa yang perlu dibuat dan tetapkan matlamat.

2. Senyumlah selalu kerana senyuman boleh menenangkan jiwa dan juga sebagai sedekah.


3. Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi dan berkualiti.

4. Jangan membahayakan diri sendiri atau menzalimi diri.

5. Binalah persahabatan yang erat dan saling menyayangi antara satu sama lain.

6. Sesekali hiburkanlah hati sendiri dengan melakukan apa yang diminati.

7. Tonjolkan penampilan diri yang menarik dan kemas. Sesekali bergaya, apa salahnya.

8. Kawal berat badan anda dan jangan terlebih makan nanti takut jadi obesiti pula.

9. Amalkan gaya hidup sihat. Jangan menghisap rokok kerana bahaya untuk kesihatan.


10. Lakukan pemeriksaan kesihatan menyeluruh bagi mengetahui tahap kesihatan diri sendiri.

11. Tenangkan fikiran dan relaks sekejap. Bayangkan yang indah-indah sahaja..

12. Mandi setiap hari untuk menjaga kebersihan diri. Jangan malas mandi tau!

13. Jadilah diri sendiri (bukan orang lain) dan berbanggalah dengan kemampuan diri.

14. Jangan menunjuk-nunjuk atau alim-alim kucing.

15. Lakukan kerja seikhlas hati.

16. Yang paling penting, sentiasalah berdoa kepada Allah.

Semoga semua amalan dan pekerjaan yang kita lakukan adalah sebahagian daripada ibadah. Dan kejayaan yang diharapkan menjadi milik kita bersama..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s