Aidilfitri Mengikut Perspektif Islam

salam-aidilfitri
Sambutan Aidilfitri dimulai dengan takbir pada malam 1 Syawal. Takbir adalah satu sunnah berdasarkan firman Allah yang bermaksud: “…supaya kamu membesarkan Allah (bertakbir) kerana mendapat nikmat petunjuk-Nya…” (Surah Al-Hajj, ayat 37)

Pada malam Hari Raya, kita disuruh bertakbir bagi memuji, mengagungkan dan bersyukur ke hadrat Allah kerana telah mengekalkan kita di atas jalan petunjuknya, berada di dalam nikmat iman dan berjaya melaksanakan perintah puasa. Lafaz takbir mengandungi pengertian yang sangat penting dalam menyucikan hati daripada sifat keji, terutama syirik, bongkak dan sombong. Umat Islam disunatkan terus bertakbir bermula selepas Maghrib menjelang malam hari raya pertama hingga imam selesai membaca khutbah selepas solat sunat hari raya keesokannya.

Aidilfitri merupakan hari meraikan kejayaan bagi orang-orang yang telah melaksanakan ibadah yang dituntut di bulan Ramadan iaitu ibadah puasa. Mereka berhak bergembira menyambut Aidilfitri. Pastinya, cara umat Islam menyambut kegembiraan dan kejayaan ini berbeza dari cara orang-orang bukan Islam menyambut perayaan mereka. Umat Islam ada adab sopan dan peraturan yang perlu dipatuhi sebagaimana kita menjalani hari-hari yang lain. Bagi umat Islam, mereka dianugerahkan oleh Allah dua hari raya, iaitu Aidilfitri dan Aidiladha.

Dalam kita menyambut 1 Syawal, sayugialah umat Islam semuanya mensyukuri nikmat Allah dengan mengamalkan sikap bersederhana dalam sambutan Aidilfitri. Kita juga dilarang membazir dalam membuat persiapan untuk menyambut Hari Raya. Bagaimanapun, kita disuruh memakai pakaian yang paling baru di Hari Raya terutama ketika pergi ke masjid. “Paling baru” tentulah tidak semestinya bermaksud yang baru dibeli setiap tahun. Jika ada yang lama tetapi masih cantik dan sempurna digunakan tentulah sudah memadai.

Dalam menghias rumah dan menyediakan makanan juga, umat Islam dituntut agar tidak berlebih-lebihan, apatah lagi jika ada saudara-saudara kita yang menyambut Hari Raya dalam keadaan serba kekurangan.
Perkara terpenting dalam menghidupkan syiar Aidilfitri ini ialah kunjung-mengunjung, ziarah-menziarahi dan mempereratkan silaturrahim sesama ahli keluarga, sanak saudara, jiran-tetangga dan juga sahabat handai.

Kesimpulannya, sambutlah Syawal dalam keadaan kita seperti di sepanjang Ramadan, tunduk bertakwa dalam suasana beribadat kepada Allah. Hiasilah siang dan malam Aidilfitri dengan tahlil, tahmid dan takbir. Mudah-mudahan kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan dan perlindungan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin…

Sempena Syawal Yang Mulia ini,
Saya dan Suami Menyusun Sepuluh Jari Memohon Kemaafan Andai Ada Khilaf Yang Tidak Disedari…
Semoga Dalam Debaran Syawal yang Dinanti……
Ramadahan Akan Sentiasa Dirindui…….

aidilfitri

4 thoughts on “Aidilfitri Mengikut Perspektif Islam

  1. Assalamualaikom w.t.w.
    Hari Raya Aidilfitri disambut bagi mereka yang berkelayakan dengan:-

    1. Puasanya sempurna dan cukup sebulan di bulan Ramadhan;
    2. Mereka yang mengeluarkan zakat fitrah.
    3. Mereka yang menunaikan solat terawih dengan sempurna disamping,selawat,zikir dan menghabiskan masa di bulan ramdhan dengan membaca Al-Quran-sebaiknya 2 kali khatam dalam bulan tersebut.
    4. Mereka yang tidak bermusuhan dan tidak minum arak atau mabuk-mabuk di malam mulia.
    5. Mereka yang membuat ihsan kepada kedua ibubapa dan keluarga terdekat.
    6. Mereka yang menunaikan hajat orang lain dan banyak bersedekah di bulan ramadhan.
    7. Mereka yang menegakkan Agama Allah dengan harta diri dan masa semata-mata kalimah suci yang unggul.
    8. mereka yang selalu mengerjakan amalan sunat-sunat lain termasuk solat tahajjud ,witir,hajat,taubat dan mereka yang sentiasa berbuat baik sesama Islam.
    9. mereka yang tidak mengamalkan bidaah dan dalam hatinya ada kebesaran Allah s.w.t dan cinta kepada sunnah nabi s.a.w.
    10.mereka yang berkelayakan mukmi,mukhlisin,mutawakkilin dan bersifat mulia.
    Jika puasa sahaja,tetapi tidak memenuhi syarat-syarat di atas,hanya tinggalkan raya sahaja.salam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s