Pemakaian Mask

Salam Semua..

Hm semenjak PSP dpt cuti kuarantin seminggu, kami semua kna pakai mask bila masuk poli ja.. so sempat gak berposing semasa memakai mask..hehe..

Langkah-langkah yang perlu diambil semasa hendak memakai topeng penutup mulut :

  1. Gunakan sabun anti bakteria untuk membersihkan kedua-dua belah tangan.
  2. Bukakan topeng penutup mulut, pastikan bahagian dalam dan luar dikenal pasti terlebih dahulu. Elakkan daripada menyentuh bahagian dalam dan bersedia untuk dipakai. (Bahagian luar biasanya berwarna dan bahagian yang lembut biasanya di atas untuk menutup bahagian hidung).
  3. Pegang penutup mulut dengan kemas dan tekan perlahan di bahagian hidung untuk memastikan ia berada dalam kedudukan selesa.
  4. Pastikan topeng penutup mulut dipasang kemas @ diikat dengan cermat bagi mengurangkan ruang di antara muka dan mask.
  5. Semasa digunakan, elakkan daripada menyentuh permukaan di bahagian dalam mask tersebut.
  6. Setelah anda menyentuh mask, contohnya semasa menanggalkannya, bersihkan tangan dengan sabun dan air atau menggunakan pencuci tangan berasaskan alkohol.
  7. Tukarkan kepada mask yang baru jika mask yang digunakan telah lembap/berlengas/rosak.
  8. Jangan menggunakan kembali mask, ia adalah khas untuk sekali penggunaan sahaja.
  9. Adalah perlu diingatkan bahawa disamping penggunaan mask, langkah pencegahan umum yang lain seperti membasuh tangan dengan betul dan adab batuk adalah amat penting bagi mencegah jangkitan influenza.

Marilah kita sama2 mencegah daripada penyebaran segala virus ini..semoga kebersihan diri dapat ditingkatkan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s