Semester Pendek Jun 09

hai all salam semua, 

sbnrnya nak citer psl sem pendek yg dirancang bermula 22/6 until 24/7 ni..sem ni br 1st time la psp nak buat sem pendek utk bdk2 yg carry..huhu..semlm ada la meeting tntang perlaksanaannya sem pndek ni.. jadi rasa mcm kelam kabut ckit la sbb kna pnh kan jugak 45 jam kredit dlm ms 3 minggu tuh.. n 1 week utk final xm..tp PB kna buat mcm biasa gak ada 4 kuiz, 4 tug n 2 test..huhu..bunyinya cam bnyak kan..tp 2 la berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya.. huhu..

so ni aku  paste kan syarat2 sem pendek ni utk student yg nak amik sem pndek ni la but kna tunggu results kuar dulu 17/6 nanti..

  1. Pelajar hanya dibenarkan mengambil maksimum 1 modul sahaja.
  2. Keutamaan akan diberikan kepada pelajar “Carry Course” sahaja.
  3. Unit ICT akan memaklumkan proses penawaran kursus semester pendek melalui web kepada calon.
  4. Yuran semester pendek  tidak akan dikenakan. Walaubagaimanapun yuran sebanyak RM 10 akan dikenakan jika pelajar menginap di asrama.
  5. Jadual waktu dan aktiviti PnP akan disediakan oleh jabatan masing-masing
  6. Keutamaan diberikan kepada modul yang paling ramai pelajar gagal.
  7. Satu FRP khas disediakan oleh setiap jabatan.
  8. Pengajaran boleh diagih sesama pensyarah mengikut topik.
  9. Keputusan muktamad tentang modul yang akan ditawarkan semasa semester pendek adalah ditentukan oleh jabatan masing-masing.
  10. Minimum bilangan pelajar 1 kelas 5 orang pelajar jika kurang ia bergantung kepada jabatan untuk menentukannya.
  11. Markah semester pendek dimasukkan dalam sistem PMIS semester berikutnya.
  12. Mesyuarat bersetuju supaya pelajar semester 4 bagi program sijil, pelajar semester 6 bagi program diploma dan pelajar extend yang telah menggugurkan modul pada semester yang sebelumnya tetapi pernah mengambilnya dan mendapat keputusan gagal boleh diberi pertimbangan untuk menjalani penilaian pada semester pendek.

hm..final dah abis, mark pun dah abis, utk B3001 alhamdulillah semua lulus, tp utk B2001, 1 kelas 7 org carry n lg 1 kelas 12 org carry..huhu..nak buat camna aku rasa aku dah buat yg tebaik tp diorg yg x nak tlg diri sendiri..buat x tau ja bila srh dtg klas bimbingan pun..perli pun dah x der kesan kat depa..cian lec yg besungguh nak tlg ni..cam aku la!..ahaks..

x sabar nak cuti 8 – 12 jun nanti nak blk kg in law kat ktn, phg..perjalanan jauh 8jam mmg penat..cian kat husband yg drive, aku dok sblh ja..x per la kali ini aku drive la jap..hehe.. jumpa lg pas aku stat keja… tc semua!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s