Penjagaan Rutin Komputer

Kita sebagai pengguna komputer sering mengabaikan pengurusan atau maintenance komputer itu sendiri. Kepentingan pengurusan ini adalah untuk membolehkan komputer kita beroperasi pada kadar yang paling optimum dan memberikan kepuasan kepada kitaSeringkali kita sebagai pengguna komputer menggunakan komputer setiap hari untuk berbagai tujuan. Malah ada pula pengguna yang menjadikan komputer sebagai medium utama dalam kehidupan sehariannya. Terdapat beberapa perkara yang perlu kita lakukan sebagai langkah rutin bagi menjaga komputer ini.

a) Scan for Virus

Saban hari, terdapat beberapa virus baru dihasilkan di pasaran talian. Kesan-kesan yang dibawa oleh virus-virus ini sangat menakutkan malah ada pula yang mampu membinasakan dan merosakkan maklumat penting dalam komputer kita. Maka, perkara yang paling penting yang perlu dillakukan oleh setiap pengguna komputer bagi mengatasi gangguan virus ini ialah dengan scan virus menggunakan perisian antivirus yang telah dipasang pada sistem anda spt Norton, McAfee, PcCillin dsbnya. Lagi satu perkara penting, scan virus tanpa update perisian antivirus terlebih dahulu tiada kesannya, maka pastikan komputer anda mempunyai antivirus yang sentiasa update dan mampu mengesan kehadiran virus secara automatik. Kekerapan anda scan komputer pula bergantung kepada penggunaan talian pada komputer anda sendiri. Bagi komputer yang sentiasa berada dalam talian (online 24jam) maka scan virus merupakan suatu kemestian pada setiap hari. Anda boleh run pada waktu malam, berbanding komputer yang tidak ada talian langsung, mungkin scan keseluruhan sistem satu kali dalam seminggu sudah mencukupi.

b) Backup Utility

Perkara yang kedua terpenting ialah menyediakan salinan bagi setiap data penting (backup). Langkah ini penting bagi menyelamatkan data yang amat berharga dalam komputer anda yang kelak anda tidak mahu menyesal setelah kehilangannya. Maka, langkah backup ini merupakan salah satu kemestian yang perlu anda lakukan. Kekerapan langkah backup ini juga bergantung kepada penggunaan komputer anda. Andai komputer anda bertindak sebagai sebuah pelayan (server) atau sebagai sebuah komputer studio, mungkin kekerapannya meningkat kepada seminggu sekali. Sebaliknya jika komputer anda hanya merupakan sebuah komputer peribadi yang digunakan untuk tujuan gaming dan online, mungkin kekerapan backup hanya perlu sekali pada setiap tiga bulan. Menggunakan backup utility, anda boleh memilih untuk backup keseluruhan sistem atau hanya beberapa fail penting. Cara-cara backup yang sepatutnya:

1. Mulakan “Backup Utility” dari Start > Program > Accesories > System Tools > Backup

2. Setelah tetingkap “Backup” muncul, anda boleh memilih untuk menggunakan Advanced Mode atau klik Next untuk langkah seterusnya.

3. Jika anda klik Next, maka anda perlu memilih samada untuk menyediakan “Salinan Backup” atau mendapatkan semula “Salinan Backup”

4. Anda perlu memilih fail dan menyatakn tempat untuk anda menempatkan fail salinan ini nanti

5. Setelah berpuas hati, anda boleh memulakan proses untuk menghasilkan salinan backup tadi

6. Jika anda memilih untuk Advanced Mode pada langkah ke-2 tadi, maka sebuah tetingkap baru akan muncul dengan pilihan Backup Wizard, Restore Wizard atau ASR Wizard. Anda hanya perlu klik pilihan anda dan meneruskan langkah-langkah seterusnya.

c) Check Disk

Setelah selesai kedua langkah diatas, maka langkah yang penting yang perlu anda ambil kira adalah check disk atau dipanggil juga sebagai “scan disk”. Langkah ini adalah penting untuk memastikan cakera keras kita bersih dari sebarang masalah atau kerosakan yang boleh mengganggu kehadiran data padanya. Utiliti Check Disk ini akan menyemak setiap sektor cakera keras dan andai terdapat masalah, ia akan memulihkan sektor tersebut. Langkah-langkah melaksanakan Check Disk:

1. Untuk memulakan pendita (wizard) scan disk ini, anda perlu ke My Computer dan klik kanan pada cakera keras anda yang ingin anda scan disk. Pilih Properties dari senarai klik kanan yang muncul.

2. Sebuah tetingkap Check Disk Local Disk (#) dimana # menandakan huruf cakera keras anda samada C, , E dsbnya. Di dalam tetingkap ini terdapat 2 pilihan iaitu “Automatically fix file system errors” dan “Scan for and attempt recovery of bad sectors”. Pilih kedua-dua pilihan ini dan anda boleh masuk tidur, kerana proses ini akan memakan masa yang agak lama. Kami syorkan anda melakukan Check Disk ini pada waktu malam sebelum anda tidur.

3. Untuk cakera keras C, komputer mungkin perlu meminta anda set supaya ia disemak ketika restart seterusnya. Anda perlu pilih Yes, dan restart komputer anda agar check disk untuk cakera keras C berjalan lancar.

d) Disk Defragmenter

Kini, kita telah tiba ke langkah terakhir iaitu Disk Defragmenter. Apabila kita menggunakan komputer sehari-hari, maka secara mayanya, segala fail yang kita akses akan menjadi berterabur dalam cakera keras. Apabila semakin berterabur fail-fail ini, maka semakin lambatlah pula sistem kita. Maka, untuk menyusun fail-fail ini secara maya, maka kita melaksanakan Disk Defragmenter. Kekerapannya bergantung kepada penggunaan komputer, namun disyorkan seminggu sekali untuk menjalankan utiliti ini. Anda hanya perlu melancarkan Disk Defragmenter dari Start > Program > Accesories > System Tools > Disk Defragmenter. Seterusnya pilih setiap pilihan cakera keras yang muncul dan klik Defragment secara berasingan bagi setiap cakera. Ingat,hanya satu cakera yang boleh didefrag dalam satu-satu masa. Kelajuan defragment ini bergantung kepada kapasiti cakera keras anda dan kelajuan pemproses (processor) anda.

4 thoughts on “Penjagaan Rutin Komputer

  1. saya ada sedikit problem mengenai komputer peribadi..komputer saya kini, tidak dapat di ON..apa yang patut saya lakukan..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s