Posts filed under 'Resipi'

Belajar memasak..

Salam semua, bertemu kembali utk berkongsi resepi masakan.. yg aku plan nak msk utk hubby bila dia balik bercuti bln 12 nanti..nyum nyum.. harap2 masakan aku nanti blh diterima dan berjaya dihabiskan..hehe..

1. Sup Ayam Special

sup ayam

Sup Ayam Special

 Bahan-bahan:

  •  1/2 ekor ayam
  • 6 ulas bwg merah (kisar)
  • 3 ulas bwg putih (kisar)
  • 2 cm halia (kisar)
  • 6 cawan air
  • 3 biji ubi kentang
  • 1 biji lobak merah
  • 1 sup bunjut ADABI
  • garam & perasa secukupnya
  • minyak utk menumis
  • daun sup, daun bawang dan bawang goreng

Cara – cara:

  1. Panaskan minyak & tumiskan bahan2 yg telah dikisar hngga naik bau.
  2. Masukkan 6 cawan air, ayam  & sup bunjut ADABI.
  3. Masukkan pula ubi kentang dan lobak merah.
  4. Biarkan selama 25-30 minit dgn mggunakan api sederhana.
  5. Setelah mendidih, msukkan garam & bhn perasa secukupnya. Renehkan selama 5 minit.
  6. Masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Sedia utk d hidang!

2. Kurma Daging

kurma-kecik
Kurma Daging

Bahan-bahan:

  • 400g daging batang pinang
  • 800ml santan pekat
  • 1 paket rempah kurma Adabi
  • 4 cm kulit kayu manis1 biji bunga lawang
  • 2 biji ubi kentang / tomato
  • 2 biji cili merah
  • 1 biji bawang besar – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1 inci halia – dikisar

Cara – cara:

  1. Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
  2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
  3. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh pekat dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
  4. Masukkan daging, tumis sikit.
  5. Kemudian masukkan santan pekat dan masak sehingga daging empuk.
  6. Tambah garam secukup rasa.
  7. Masukkan kentang / tomato yang dibelah 4 & cili merah yang dibelah ke dalam kurma tadi.

3. Tomyam Campur 

tomyam

Tomyam Campur

Bahan – bahan:

  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • ¼ kg udang
  • ¼ kg sotong
  • 2 batang serai (ditumbuk)
  • 2 labu bawang besar (dibelah enam)
  • 1 kiub perasa tom yam
  • 2 camca besar air asam limau nipis
  • 3 helai daun limau purut
  • 4 biji cili hidup (ditumbuk)
  • 4 ulas Cili api
  • 2 biji tomato (dibelah enam)
  • 1 btg lobak merah (dipotong)
  • 100 gram Bunga kubis
  • 2 camca besar cili boh atau cili serbuk
  • Gula dan garam secukup rasa

Cara – cara:

  1. Panaskan air dan masukkan cili boh.
  2. Kemudian masukkan ayam, sotong dan udang.
  3. Setelah ayam masak, masukkan bawang besar, serai dan cili hidup.
  4. Masukkan kiub perasa tom yam, gula, garam dan air asam limau nipis. Kacau hingga rata.
  5. Masukkan lobak merah, bunga kobis dan cili api yg telah diketuk serta daun limau purut.
  6. Akhir sekali, masukkan tomato yang telah dibelah tadi.

Selamat Mencuba! 

2 comments November 5, 2009


~~Hargailah Masa~~

Me, Myself & I


Aper jer yang dirasakan perlu dan menarik akan dimasukkan disini..hehe..hope uols enjoy n dpt information darinya..:) TQVM~~

Calendar

November 2009
M T W T F S S
« Oct    
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Kengkawan

Fotopages

Lain-lain...

Sila Klik!

Wedding Sites...

~~Me the Only One~~

Categories

Asmaul Husna

MUTIARA KATA…

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang menuntut ilmu maka hal itu merupakan kifarat (penebus) bagi dosa-dosa yang telah lalu" (Riwayat Tarmizi)

Recent Posts

Recent Comments

eta305 on Belajar memasak..
kakja@pija on Belajar memasak..
eta305 on Festival Kesenian Politeknik Z…
zafir on Festival Kesenian Politeknik Z…
affeirul on Festival Kesenian Politeknik Z…

Top Clicks

Top Posts

Meta

Blog Stats

  • 10,812 hits