TEKNIK PENGAJARAN KONTEKSTUAL~~

Assalamualaikum & salam 1 M’sia,

ok la kali ni nak berkongsi skit bahan tentang Teknik Pengajaran Kontekstual dalam Sains dan Matematik..sbb dah mengkaji kenapa perlunya teknik P&P ni.. so mari kita membuat sedikit bacaan utk menambahkan pengetahuan…:)

Pengajaran secara kontekstual ialah pengajaran yang menggabungkan isi kandungan dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Kaedah ini menyediakan pembelajaran secara konkrit yang melibatkan aktiviti hands-on dan minds-on. Ia merupakan alternatif bagi para pendidik untuk menarik minat para pelajar dalam pembelajaran matematik terutamanya daripada golongan yang berprestasi sederhana. Pendekatan pengajaran kontekstual juga meliputi bidang ilmu sains, teknologi maklumat, teknikal dan vokasional. Matlamat utama pengajaran secara kontekstual adalah untuk menghasilkan para pelajar yang cemerlang dan berkualiti sebagai persediaan memasuki alam pekerjaan kelak. Pelajar akan melalui satu atau lebih daripada kaedah-kaedah pembelajaran berikut dalam pengajaran kontekstual iaitu Relating (Menghubungkait), Experiencing (Mengalami), Applying (Mengaplikasi), Cooperating (Bekerjasama) dan Transfering (Memindahkan). Manakala strategi pengajarannya pula melibatkan empat segmen iaitu motivasi, pemahaman, aplikasi dan imbasan kembali dan kemajuan. Pengajaran konteksual ini mampu memberi kebaikan kepada semua pihak iaitu pendidik, pelajar dan juga industri. Selain itu, pengajaran secara kontekstual juga dapat memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli keluarga, warga masyarakat dan pekerja. Pembelajaran kontekstual yang berjaya memerlukan komunikasi berterusan di pelajar, pendidik, ibu bapa dan masyarakat. Sokongan daripada organisasi masyarakat diperlukan untuk menjayakan strategi pengajaran kontekstual selain daripada maklum balas yang diperolehi daripada pelajar sebagai satu komponen yang penting untuk mengukur keberkesanan program pembelajaran kontekstual.

ok la jom kita baca lagi…

STRATEGI PENGAJARAN KONTEKSTUAL

Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu proses yang sangat dititikberatkan dalam pendidikan. Para pendidik boleh memilih pendekatan dan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai dan sesuai dengan kebolehan murid. Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bergantung pada pengolahan teknik dan penggunaan bahan bantu belajar serta teknologi yang dapat merangsang dan menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif, inovatif, berkomunikasi, dan berinteraksi. Dalam pendekatan kontekstual, pengajaran dan pembelajaran mesti memenuhi keperluan strategi berikut:

a)      Motivasi – Ia bertujuan untuk menarik minat dan mencetuskan idea asas terhadap sesuatu tajuk yang akan dibincangkan merangkumi pengenalan, isu perbincangan dan penggunaan alat bantu mengajar yang berkesan.

b)      Pemahaman – Ia merangkumi kemahiran murid dan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengannya.  Kaedah penyampaian maklumat harus dipelbagaikan untuk dapat menarik minat murid terhadap sesuatu konsep itu.  Murid diberi kebebasan mengutarakan perkara-perkara yang berkaitan.  Antara contoh pemahaman adalah melalui penerangan konsep dan perbincangan, pembacaan dan melakukan contoh kajian.

c)      Aplikasi – Kemahiran yang diperolehi pelajar dapat diolah dan diubahsuaikan mengikut situasi dimana mereka dapat mengaitkan pengetahuan yang diperolehi untuk menyelesaikan masalah harian. Pendidik boleh mengaitkan isi kandungan pelajaran dengan bidang kerjaya yang berkaitan. Kebolehan murid mengaplikasikan pengetahuan sedia ada mereka dengan situasi sebenar dalam kerjaya yang akan mereka ceburi merupakan aset utama yang mereka perolehi hasil dari pembelajaran secara kontekstual. Ia melibatkan aktiviti hands on dan penyelesaian masalah.

d)      Imbasan kembali dan kemajuan – Ia meliputi dua aspek dalam segmen ini.  Apabila seseorang pendidik mengupas sesuatu tajuk, pelajar akan diingatkan semula mengenai fakta penting. Di sini perbincangan dapat diarahkan untuk memperkayakan lagi pengetahuan murid. Selepas itu, penilaian kemajuan pelajar perlu dijalankan secara bertulis, lisan dan pemerhatian. Contoh-contoh aktiviti adalah seperti kuiz berkumpulan, perbincangan antara kumpulan dan penyediaan portfolio. Perubahan sikap dan perlakuan  yang dapat dilihat juga boleh digunakan sebagai petunjuk bahawa murid telah menghayati isi pelajaran.

FAEDAH PENGAJARAN KONTEKSTUAL

Terdapat beberapa faedah bagi pengajaran secara kontekstual ini iaitu kepada para pendidik, pelajara dan juga pihak industri. Antara kebaikan kepada pendidik adalah dapat menjadikan pengajaran sebagai satu pengalaman yang berjaya, mengaitkan prinsip-prinsip mata pelajaran dengan dunia pekerjaan dan menjadi penghubung antara pihak akademik dan industri.

Selain itu, setelah mengalami pengajaran kontekstual ini, pelajar-pelajar dapat mengaitkan kandungan pelajaran dengan kehidupan harian dan pekerjaan mereka. Pelajar juga boleh memindahkan kemahiran yang diperolehi kepada situasi sebenar. Faedah lain kepada pelajar ialah mereka boleh menguasai perkara abstrak melalui pengalaman konkrit dan dapat belajar secara kerjasama antara rakan-rakan. Aktiviti berkumpulan seperti ini memberi peluang kepada kumpulan lemah atau sederhana berinteraksi dengan pelajar yang cemerlang melalui konsep peer teaching.

Pihak industri juga mempunyai kesan sewajarnya jika pengajaran kontekstual ini dilaksanakan semasa proses pembelajaran kerana mereka akan menerima tenaga kerja yang berpotensi untuk dilatih atau dilatih semula secara berkesan mengikut keperluan selain mampu menggerakkan industri ke dalam pendidikan sebagai rakan kongsi.

9 thoughts on “TEKNIK PENGAJARAN KONTEKSTUAL~~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s